Followers

6.03.2012

Berita Gembira Yang Bertalu-talu!

Berita gembira bertalu-talu diterima.

Paling gembira dengan sambutan rakyat di Himpunan Hijau anjuran PAS yang diadakan di negeri Kedah. Ini membuktikan PAS bersedia menjadi pendokong utama harapan rakyat untuk menakluk Putrajaya dan mengusir segala kezaliman yang berpusat di sana.

Kedua, Hosni Mubarak hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Walau ramai yang menginginkannya mati. Jangan bimbang, beliau tetap akan mati. Cuma mungkin ini caranya Allah mahu menunjukkan kepada kita sesuatu yang tak kita duga. Walau bagaimanapun keadaannya, semoga bumi Mesir dan seluruh bumi umat Islam khasnya di Malaysia diberikan aturan yang terbaik dariNya.

Ketiga, hari ini alhamdulillah ada satu majlis kecil-kecilan yang dilaksanakan di rumah Malaysia. Satu majlis aqiqah bersempena kedatangan ahli baru dalam keluarga kami yang semakin membesar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua majlis kesyukuran naik rumah. Tak tahulah apa bahasa yang sepatutnya, tapi orang Terengganu memanggilnya dengan panggilan itu.

Seterusnya melihat kepada isu-isu yang rata-ratanya menyerlahkan lagi kezaliman dan kekemarukan UMNO BN untuk kekal di tampuk kuasa. Mudah-mudahan ianya memudahkan lagi perjalanan kita menuju hadaf kita di dunia.

Satu saja yang kurang menarik. Charger laptop saya yang keempat (selepas 3 charger sebelumnya rosak) makin cepat panas. Oh ya, saya gunakan laptop pemberian kerajaan negeri Terengganu. TC namanya. Mudah-mudahan laptop ini ok-ok saja. 

5.30.2012

Tak Tahu Nak Cakap Apa


Aku tahu aku dah lama tak jenguk blog aku sendiri. Bayangkan kalau aku selaku tuan kepada blog aku ni pun tak datang melawat, apatah lagi orang lain.

Selalu aku janji untuk konsisten dan tidak akan menganaktirikan blog aku ni, tapi janji tu tidak dapat aku tepati memandangkan aku tak ada isi pun nak tulis sesuatu. Dari aku melalut tak tentu hala, eloklah dibiarkan begitu ye tak. Okey, aku tahu korang akan kesan satu unsur escapisme kat situ, tapi itulah yang sebenarnya berlaku.

Nak dijadikan cerita, dua tiga hari ni aku paksa diri aku untuk cuba membaca artikel mahupun buku-buku ilmiyyah yang datang dari luar kelas untuk aku letakkan diri aku di landasan yang betul. Jauh benar aku menyimpang dari kehidupan yang sebenarnya. Inilah yang dikatakan oleh sepotong syair arab :

Mahukan kejayaan tapi kamu tidak melalui jalannya
Sesungguhnya perahu itu tidakkan belayar di atas daratan.

Macamana mahu menjadi orang yang berilmu jika aku cuba mencapainya dengan kemalasan. Kejayaan itu takkan bergolek datang menghadap aku. Jadi aku kena paksa sikit diri aku untuk berada kembali di laluan kejayaan yang sebenar.

Cerita tentang usaha, ada satu hikayat arab. Seorang yang baru belajar dan dengan tergesa-gesa ingin terus mengamalkan ilmu yang baru diperolehinya tanpa memahami dengan lebih mendalam. Ilmu itu adalah Tuhan yang memberi rezeki. Lalu yakinlah dia bahawa Tuhan ini maha kuasa untuk memberikan rezeki kepadanya sedang ia lupa tentang usaha untuk mendapatkan rezeki. Berdoalah dia sehari-hari di masjid dengan harapan makanan akan terhidang didepan matanya.

Ditunggu-tunggu sehingga hari petang, perutnya sudah berbunyi sedang makanan yang didoakan sejak subuh hari tidak lagi sampai kepadanya. Tidak tahan dengan kelaparan dan kesejukan, dia membaluti tubuhnya dengan karpet masjid hinggalah tidak nampak kelibatnya dan tertidur pula dia di dalamnya. Selang beberapa ketika, datang seorang tua dengan membawa makanan, hajat dihati ingin berkongsi dengan orang yang berada di masjid, tapi tidak kelihatan pula kelibat manusia didalam masjid ketika itu.

Aroma makanan yang dibawa, cepat ditangkap oleh si lapar tadi. Dalam keadaan tidak larat untuk memanggil akibat terlalu lapar dan si pemurah pembawa makanan itupun kelihatan ingin beredar dari masjid itu, segera si lapar dengan segala keringat yang ada berdehem. Deheman dari dalam karpet itu menarik perhatian si pemurah dan lantas mendapatkan si lapar dan segera menawarkan makanan. Perkataan pertama yang keluar dari mulut si lapar pada si pemurah, "Aku kini sedar bahawa doa semata-mata tidak cukup untuk mendapatkan hajat aku, ianya mestilah diiringi usaha walaupun usahaku tadi hanyalah berdehem"

Jadi aku harap, aku akan kembali aktif dan meluangkan lebih masa untuk blog aku yang usianya dah bertahun-tahun. Sekian dulu.

2.23.2012

Status Terkini

Lama betul aku online hari ni. Dengan segelas Hazelnut Frappe, aku duduk sini selama beberapa jam membunuh masa.

Sekarang tiba masa aku dan Aman, kawan aku merangkap ketua kabilah aku, pergi meninggalkan Fee Coffe di Libyan Mall untuk ke Tahreer bagi mencari kasut. Kasut aku dah koyak rabak.

Aku takut orang baik-baik sangka aku ni zuhud tak bertempat dan aku takut sangkaan mat-mat rock yang aku ni grunge tak kira masa.

Lulus... Belanja...

Lupa pulak nak cakap.

Baru ni, keputusan periksa aku bagi semester dua semuanya lulus belaka.

Satu lagi yang masih tak terlaksana.

Aku nak belanja kawan-kawan rumah aku makan.

Tanda gembira aku pasal lulus.

Moga aku, kau dan mereka jadi orang-orang baik ya.

23/2/2012

Sekarang ni dah 23/2/2012.

Basikal aku masih tak nampak di mata.

Adakah aku akan kekal berjalan.

Mencontohi sunnah Nabi kesayangan.

Ya, mungkin aku akan kekal berjalan.

Sekian

Dua Minggu Lebih Kurang

Blogger ni betul dah tak bagi can. Dua minggu je lebih kurang aku tak update, terus tak dapat akses. Marah betul dengan orang-orang yang tak aktif ni. Nasib baik aku berniat nak aktif balik.

InsyaAllah, selepas ni aku akan membahagikan masa dengan lebih adil antara kau dan fesbuk.

1.19.2012

Terbakor..

Dua malam lepas, ada cerita gempar yang terjadi kat rumah aku. Betul-betul punya gempar. Macam ni, karan sekarang ni memang banyak tak ada dari ada, jadi rumah aku ni lebih banyak menggunakan lilinlah untuk menerangi kegelapan.

Dekat tempat aku tidur, aku letak satu meja kecik khas untuk letak buku-buku, handphone, jam dan lain-lain barang termasuk lilin.

Jadi disebabkan aku tidur awal dan ada sorang lagi member aku yang masih keras mata, aku tidur dan biarkan lilin terpasang.Oh ya, aku tidur atas tilam je, tanpa katil. Bukan tak mampu beli katil, tapi nak menunjukkan beginilah sepatutnya kehidupan orang bujang yang penuh advencer.

Dalam pukul 4 pagi macam tu lebih kurang, aku dengar bunyi "krit.. krirt". Dalam kepala aku tak lain, ni mesti tikus yang ada kat bilik stor sebelah bilik aku dah mula berani masuk bilik aku.

Aku bangun slow-slow, jenis bangun ala pernafasan terkawal, capai handphone aku yang ade torchlight, bukak dalam selimut dulu supaya tikus tu tak perasan, dengan sepantas kilat, aku pun terus suluh kat atas meja.

Kosong.

Tak ada apa-apa atas meja kecuali kesan hitam dan tompok-tompok plastik cair. Aku hairan. Apa benda ni. Dalam mamai mata aku tu, sekali lagi bunyi krit krirt bermain. Datangnya dari plastik cair tu.

Tempat kejadian

Lahaula wala quwwata illa biLlah.

Bekas letak lilin tu dah rata di atas meja. Aku perhati lagi apa yang ada dan aku dapati kopiah aku pun tinggal bahagian tepi je yang tak kena makan dengan api. Ya, bahagian tepi yang tak kena makan, bukan yang kena makan.

Nampak, bahagian tepi sikit je api tak makan.

Secara automatik, tangan aku naik meraba rambut aku.

Alhamdulillah, masih ada dan ikal mayang macam biasa.

Aku pun suluh dah pastikan api padam sepenuhnya, dan aku tutup torchlight, aku pun sambung tidur balik macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Sebelum aku lena balik, aku fikir, Allah dah jaga aku malam ni, walaupun beberapa inci je meja tu dengan kepala aku, api tak sentuh kepala aku dan kitab-kitab aku kat atas meja tu, tak terusik.

Berkat BismiLlah dan doa yang aku baca sebelum tidur tadi mungkin.

Aku terus tidur dengan lena macam bayi sampai subuh, lepas sembahyang, aku pun cerita kat kawan aku yang dengar dengan buat muka serius antara pening baru bangun tidor dan menerima maklumat berat di pagi hari pada waktu yang sama.

Bacalah bismiLlah. Besar kelebihannya ya adik-adik.